Penerangan tentang litar bersepadu (IC)
Litar bersepadu (IC) Istilah IC dalam dunia elektronik bukanlah “Identity Card, IC” atau “Kad Pengenalan, KP”. Iatilah IC dalam elektronik ialah, litar bersepadu atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Integrated Circuit, singkatannya “IC” yang merupakan litar dalam bentuk cip silikon dipasang dalam perumah besi/plastik berwarna hitam. IC dicipta bertujuan untuk memudahkan pembuatan litar elektronik dan menjimatkan ruang dalam litar. Selain itu, ia juga boleh membuatkan peralatan elektronik yang lebih kecil dan ringkas tetapi mempunyai fungsi yang kompleks. IC mempunyai pelbagai fungsi bergantung kepada kod nombor yang tercatat pada badannya. Cth: Kod = TDA2002 berfungsi sebagai penguat audio. Kod = NE555 berfungsi sebagai pemasa/timer. BENTUK NYATA IC SIMBOL SKEMATIK IC IC mempunyai banyak bentuk, jenis dan bilangan pin. Bilangan pin IC menunjukkan bahawa ia lebih kompleks atau tidak. IC yang mempunyai bilangan pin yang lebih banyak adalah ya...