Penerangan asas elektronik
APA ITU ELEKTRONIK
Untuk pengetahuan anda, elektronik merupakan satu teknologi sains yang boleh mengawal tenaga elektrik ataupun pergerakan elektron yang mengalir, secara elektrik supaya boleh menghasilkan sesuatu kesan yang lain. Sebagai contoh, skrin LCD. Bagaimanakah imej boleh terbentuk pada skrin LCD? Jika kita menyambung skrin terus kepada punca elektrik sudah pasti skrin tersebut tidak dapat memaparkan apa-apa, tetapi hasil daripada pengawalan elektron atau tenaga elektrik oleh litar elektronik, akhirnya skrin LCD boleh memaparkan imej. Begitu juga dengan alat - alat lain selain skrin LCD. Elektronik banyak digunakan untuk menghantar dan menerima maklumat, untuk keselamatan diri dan awam, untuk kesihatan, industri, hiburan dan lain-lain.
PENERANGAN TENTANG KOMPONEN ELEKTRONIK ASAS
Komponen elektronik adalah komponen yang membantu dalam proses mengawal pergerakan tenaga elektrik. Terdapat banyak jenis komponen elektronik yang ada di dunia ini, namun kertas penerangan ini hanya akan menerangkan komponen asas yang biasa digunakan dalam banyak-banyak peralatan elektronik dalam kehidupan seharian.
Ulasan
Catat Ulasan