Penerangan tentang litar bersepadu (IC)
Litar bersepadu (IC)
Istilah IC dalam dunia elektronik bukanlah “Identity Card, IC” atau “Kad Pengenalan, KP”. Iatilah IC dalam elektronik ialah, litar bersepadu atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Integrated Circuit, singkatannya “IC” yang merupakan litar dalam bentuk cip silikon dipasang dalam perumah besi/plastik berwarna hitam.
IC dicipta bertujuan untuk memudahkan pembuatan litar elektronik dan menjimatkan ruang dalam litar. Selain itu, ia juga boleh membuatkan peralatan elektronik yang lebih kecil dan ringkas tetapi mempunyai fungsi yang kompleks.
IC mempunyai pelbagai fungsi bergantung kepada kod nombor yang tercatat pada badannya. Cth: Kod = TDA2002 berfungsi sebagai penguat audio. Kod = NE555 berfungsi sebagai pemasa/timer.
BENTUK NYATA IC
SIMBOL SKEMATIK IC
IC mempunyai banyak bentuk, jenis dan bilangan pin. Bilangan pin IC menunjukkan bahawa ia lebih kompleks atau tidak. IC yang mempunyai bilangan pin yang lebih banyak adalah yang lebih kompleks dan banyak fungsi dalam satu. IC yang mempunyai sedikit pin adalah tidak terlalu kompleks dan fungsinya terhad. Setiap pin IC mempunyai fungsinya tersendiri.
Pin IC dilabel mengikut susunan nombor bermula daripada pin pada sebelah titik bulat pada siku kiri atas IC atau bermula daripada sebelah kiri lubang separa bulat dan hitung nombor setiap pin dalam bentuk “U”. Jika IC mempunyai 16 pin kesemuanya, hitung setiap pin daripada nombor 1 hingga 16. Rajah di bawah menunjukkan cara untuk membaca nombor pin IC:
Di dalam IC, terdapat cip silikon yang merupakan litar halus yang mempunyai fungsi tersendiri. Cip silikon IC juga dikenali sebagai “Serpihan”. Cip silikon ini disambung kepada pin-pin IC menggunakan dawai emas yang halus. Dawai emas digunakan dalam penyambungan tersebut kerana sifatnya sebagai pengalir elektrik yang terbaik. Lihat Rajah di bawah:
Seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas, setiap pin IC disambung menggunakan dawai emas kepada cip silikon. Peratusan emas di dalam IC sangat sedikit. Oleh itu, harga IC tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh semua orang. Kedudukan pin IC pada simbol adalah secara rawak dan tidak tersusun untuk memudahkan litar skematik dilukis tanpa memerlukan banyak jumping dalam lukisan litar. Manakala kedudukan pin IC pada litar bergambar (bukan simbol) atau bentuk fizikal IC adalah tersusun, dari nombor 1 hingga yang terbesar. Lihat rajah di bawah:
BENTUK FIZIKAL
SIMBOL
Untuk fungsi sesuatu IC, anda boleh mencarinya merujuk kepada datasheet yang boleh didapati di Google, atau lebih mudah, taip saja kod nombor pada badan IC tersebut di carian google.akan keluar. Dalam datasheet komponen, akan dinyatakan fungsi pin-pin IC dan maklumat lain yang berkenaan seperti had voltan, had arus dan sebagainya. Lihat gambar di bawah: Contoh maklumat tentang IC.
Untuk mencari datasheet komponen seperti IC, anda boleh layari laman web berikut:
Ulasan
Catat Ulasan